Powered By Blogger

Saturday, 2 April 2011

HADIAH UNTUK IBU.......

Malam yang dingin, pekat kelam langit. Angin yang kuat menerobos masuk menerusi lubang-lubang tingkap menambah kesejukanku. Aku keliru dan sangat tertekan. Suasana sebegini membuatkanku bertambah rungsing. Pelbagai masalah yang menimpa aku dalam tempoh sebulan ini. Aku sudah tidak kuat lagi Ya ALLAH..Aku merintih dalam hati..
Dua minggu lepas, aku mendapat tahu aku bukan lah anak yang lahir dari perkahwinan yang suci..tetapi  aku anak haram..anak luar nikah..Ya ALLAH,aku sangat malu dan rendah diri dengan taraf ini..Kenapa Ya ALLAH, aku yang terpilih menjadi salah satu mangsa hawa nafsu manusia..Ibu aku sendiri telah membuangku tanpa rasa berdosa walau sekelumit..Mujur mama terjumpa aku..memungutku, mengasuh, menjaga, membesarkan aku ibarat anak kandungnya…sehinggalah aku kini mampu jadi sebenar-benar manusia dan berjaya dalam kerjayaku…
Setelah 25 tahun berlalu,kenapa tiba-tiba ibu perlu hadir dalam hidup aku yang cukup indah ini..ibu telah meragut segala kebahagiaanku….Ibu datang menuntutku dari mama…Tetapi aku telah memaki-hamun ibu dan menghalau ibu keluar ..Habis kucar-kacir hidupku-perancanganku untuk bertunang ditunda, pemergian mama ke Mekah dibatalkan…semuanya kerana ibu..Aku benci ibu!!Ibu yang membuat aku rasa sangat terhina..Tetapi suatu mimpi telah mengubahku…
Malam itu aku telah bermimpi yang mengubah kehidupanku seratus-peratus. Dalam mimpi itu, aku lihat seseorang yang menyerupai aku sedang dikelilingi api yang sangat panas dan tinggi menjulang-julang..Aku berasa sangat panas dan takut..Bukan itu sahaja aku berpakaian comot, busuk dan bernanah serta berkudis di seluruh tubuh… Aku jelik dengan diriku sendiri…Hanya seorang yang dapat kulihat pada masa itu iaitu ibu..Aku menjerit dengan sekuat hati meminta ibu menolong aku..Ibu tolonglah keluarkan aku dari lingkaran api ini…panas!!sakit sangat!!tetapi ibu tidak menoleh walau sedikitpun..Aku takut ibu tinggalkan aku seorang diri di sini..aku tidak sanggup menanggung kesakitan dan keperitan ini lagi…
Aku memanggil dan melaung dengan sepenuh tenagaku ,…ibu,maafkan cempaka..maafkan cempaka ibu..Cempaka derhaka pada ibu..Tolong, ampunkan cempaka ibu…Ibu lantas berlari ke arah ku dan memelukku….Aku dapat merasakan kehangatan pelukan ibu….
Lantas aku tersedar dari lena..Ibu..Ibu..Aku menangis teresak-esak mengenangkan dosa-dosaku terhadap ibu yang terlalu banyak dan tidak terkira…Aku telah menghina ibu dengan melabelnya sebagai perempuan sundal, tiada maruah diri,kejam dan macam-macam lagi.Terlalu banyak kata-kata dan tingkahlaku ku yang sememangnya menyakitkan dan melukakan hati ibu…Lantas, aku berwuduk dan menunaikan solat taubat dan hajat…Rintihanku cuma satu izinkanku memohon maaf dan terus menatap wajah ibu…
Esoknya, aku mendapat khabar dari mama, ibu masuk hospital semalam..aku terperanjat dan sangat takut aku tidak sempat memohon maaf dari ibu…
Sebaik tiba di sisi katil ibu, lantas aku memeluk dan mencium tangan ibu…Ibu maafkan cempaka..Cempaka sangat berdosa pada ibu..Ampunkan cempaka, ibu…Cempaka akan jaga ibu sehinggalah ibu sembuh..Cempaka sayang ibu sangat..Ibu bangunlah, cempaka janji!! Suaraku tenggelam timbul dalam esakan tangis yang meruntun hati…
Aku dapat lihat mata ibu terbuka perlahan-lahan dan tersenyum memandangku…Alhamdulilah,Ya Allah kerana  Engkau masih memberiku kesempatan untuk mencurahkan sepenuh kasih sayang buat ibu dan berbakti padanya.
Ibu menggangguk dan mengatakan..Cempaka tidak salah apa-apa..ibu yang bersalah kerana ibu tinggalkan Cempaka pada orang lain..ibu tidak layak menjadi seorang ibu..Aku lantas memotong kata-kata ibu..Ibu, itu semua adalah masa lalu ibu, yang penting sekarang Cempaka ada di sisi ibu..Cempaka ingin menjalankan tanggungjawab sebagai anak pada ibu…Cempaka sayang ibu dan mama…
Mama tersenyum melihatku dan ibu..Aku peluk ibu dan mama…Terima kasih Allah, aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menebus segala dosaku dan sedar atas kesilapanku ..Aku juga punya 2 orang ibu yang sangat menyayangiku..Aku bertekad dan berjanji untuk terus menyayangi mereka dan berbakti sebaik mungkin sebagaimana mereka melahirkan dan menjagaku…Makbulkanlah Ya Rabb permintaanku ini…Amin…
Pengalaman ini telah mematangkanku dan memberi  aku kefahaman tentang banyak perkara..Pertama, Allah memberi sesuatu dugaan yang mampu kita hadapi dan selesaikan..
Firman Allah; Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya…(Al-Baqarah:286)..
InsyaAllah, dengan usaha dan doa serta tawakal pada Allah, Allah akan mempermudahkan dan meringankan masalah kita..Kedua, jangan cepat melatah dengan dugaan tersebut sebaliknya sebaik-baiknya ialah bersabar kerana dengan itu kita dapat membuat keputusan yang lebih rasional…
Hadith riwayat Al-Tarmizi: Sesungguhnya besarnya pahala itu sesuaia dengan besarnya ujian yang diterima. Sesungguhnya Allah itu jika mencintai sesuatu kaum, nescaya Allah akan menguji mereka. Maka barangsiapa yang ikhlas menerima ujianNya, maka dia akan mendapat keredhaan Allah(dan pahalaNya), dan barangsiapa yang benci dengan ujianNya, maka dia akan mendapatkan murka Allah(dan seksaNya).
Ketiga, ketahuilah setiap dugaan, cabaran, dan masalah adalah tanda Allah menyayangi kita..Dengan ujian inilah kita semakin dekat dengan Pencipta kita dan seterusnya meletakkan pergantungan yang tinggi kepadaNya..Cinta pada Ilahi adalah cinta hakiki dan abadi selama-lamanya  selain kita memerlukan cinta ibu bapa, suami atau isteri,keluarga dan rakan-rakan…Ingatlah, kejarlah cinta Allah sebelum mencintai orang lain….Pada masa yang sama,berbaktilah pada kedua ibu bapa dan gembirakanlah hati mereka…terutama hati seorang ibu…redha Allah terletak pada redha kedua orang tuanya..
Nukilan oleh: Orang yang amat kusayangi..........

1 comment:

  1. Kenangan bersama arwah mama tidak akan luput dalam ingatanku.....I miss u mama^_^....

    ReplyDelete